PENGHARGAAN
Dengan
nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Segala puji dan keangungan
hanya layak bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam bagi junjungan
besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan pejuang yang meneruskan jihad bagi
memastikan kalimah Allah tertegak di Muka bumi ini.
Syukur kepada hadrat illahi yang
telah memberi pentunjuk dan hidayah kepada pengkaji dengan mengilhamkan idea dan
menguatkan semangat untuk membolehkan pengkaji membuat dan menyiapkan tugasan
yang diberi ini.Pada-Nya jualah pengkaji memohon keampunan, keredaan dan
kejayaan dalam segala aspek kehidupan.
Kami
ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, En
Muhammad Izzat bin Ngah kerana dengan
tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan
tugasan ini dengan suksesnya.
Ucapan
penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami
dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.
Akhir
madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau sebaliknya dalam pembikinan kertas kerja ini.Terima kasih.
PENGENALAN
Al quran adalah wahyu yang
diturunkan dari langit oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat
Jibril a’s.Sejarah penurunannya selama 23 tahunsecara beransur-ansur telah member
kesanyang sangat besar dalam kehidupan seluruh manusia.Didalam terkandung
pelbagai ilmu, hikmah dan pengajaran yang tersurat mahupun tersirat.
Sebagai umat islam,
kita haruslah berpegang kepada al quran dengan membaca, memahami dan
mengamalkan serta menyebarluas ajarannya. Bagi merka yang mencintai dan
mendalaminya akan mengambil iktibar serta pengajaran, lalu menjadikannya
sebagai panduan dalam meniti kehidupan dunia menuju akhirat yang kekal abadi.
Mushaf Al quran yang
ada ditangan kita sekarang ternyata telah melalui perjalan yang panjang yang
berliku-liku selama kurun waktu lebih lebih dari 1400 tahun yang silam dan
mempunyai latar belakang sejarah yang menarik untuk diketahui.
SEJARAH
PENURUNAN AL QURAN
Terdapat
dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang
Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
Pendapat
pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17
Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M).Pendapat kedua pula menyatakan
bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos
610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal,
manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah
Ad-Dukhan.
Walaupun
tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun
sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya.Ini
adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya
Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.
Adapun
dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu
beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi
Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang
Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada
sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi
sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta
rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut)."
Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan
perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat
(Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang
dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).
Dan
apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis
tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah
pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan
diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari
Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke
Madinah.
Menurut
para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar"
sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di
"Baitul Izzah" di langit dunia.Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke
bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama
sekitar 23 tahun.
Adapun
ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah
ayat 1-5 surah Al-'Alaq.
Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus
(menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali
diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah
Al-Baqarah
CARA-CARA AL-QURAN DIWAHYUKAN
|
Nabi
Muhammad s.a.w. mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima
wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:
·
Malaikat
memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. tidak
melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dala,
kalbunya. Mengenai hal ini, Nabi mengatakan:"Ruhul Quddus mewahyukan ke
dalam kalbuku". ( As-Syura: 51)
·
Malaikat
menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang lelaki yang
mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar
mengenai kata-kata itu.
·
Wahyu
datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat
dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun
turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya, unta beliau
terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat. Diriwayatkan oleh Zaid
bin Tsabit: " Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada
Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan
diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian
setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa".
·
Malaikat
menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang benar-benar asli
sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 &14
: "Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain
(kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".
|
NAMA-NAMA AL-QURAN
|
Allah
memberi nama kitab-Nya iaitu Al Quran yang bererti "bacaan". Erti
ini dapat kita lihat dalam surah (75) Al Qiyaamah, ayat 17 dan 18. Nama ini
dikuatkan oleh ayat - ayat yang terdapat dalam surah (17) Al -Israa' ayat (88),
surah (2) Al-Baqarah ayat (85), surah (15) Al-Hijr ayat (87), surah (20)
Thaaha ayat (2), surah (27) An Naml ayat (6), surah (46) Ahqaaf ayat (29),
surah (56) Al-Waaqi'ah ayat (77), surah (59) Al-Hasyr ayat (21) dan surah
(76) Addahr ayat (23).
Menurut
pengertian ayat-ayat di atas, Al-Quran itu dipakai sebagai nama bagi Kalam
Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Selain
Al Quran, Allah juga memberi beberapa nama lain bagi kitab-Nya, seperti:
|
KANDUNGAN (ISI) AL-QURAN
|
Sudah
dimaklumi oleh kaum muslimin bahawa Al-Quran terdiri daripada 114 surah (86
surah Makkiyah, 28 surah Madaniyah), dengan jumlah ayat seluruhnya adalah
6236 ayat (4613 ayat Makkiyah dan 1623 ayat Madaniyah).
Isi
ajaran yang tercantum pada Al-Quran sesungguhnya meliputi tiga fasa iaitu:
·
Merupakan
cerita atau peraturan (masalah) masa lampau (sejak penciptaan malaikat,
langit dan bumi dan sebagainya),
·
Peraturan
masa kini (tatkala Al-Quran diturunkan) dan
·
Peraturan
untuk masa hadapan (sejak masa Rasullullah saw, masa kini dan seterusnya hari
kiamat).
Secara
keseluruhannya, Al-Quran berisikan peraturan hukum berkaitan dengan masalah
aqidah, ibadah, muamalah, akhlak, hukum-hukum dan sebagainya.
|
|
Hikmah
al quran diturunkan secara beransur2
Al
Quran diturunkan secara beransur - ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari
atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
HIKMAH AL QURAN
DITURUNKAN SECARA BERANSUR-ANSUR
Al Quran diturunkan secara beransur
- ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah
dan 10 tahun di Madinah.
- Agar lebih mudah difahami dan
dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan
sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang
banyak. Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat 'Aisyah r.a.
- Di antara ayat - ayat itu ada
yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kemaslahatan. Ini tidak
dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus.
- Turunnya sesuatu ayat sesuai
dengan peristiwa - peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan dan lebih
berpengaruh di hati.
- Memudahkan penghafalan. Orang -
orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Quran tidak diturunkan
sekaligus, sebagaimana disebut dalam Al Quran surah (25) Al Furqaan ayat
(32) iaitu: "……mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya
sekaligus….?" Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri: "….Demikianlah,
dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..".
- Di antara ayat - ayat yang
merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau
perbuatan, sebagai dikatakan oleh Ibnu 'Abbas r.a. Hal ini tidak dapat
terlaksana kalau Al Quran diturunkan sekaligus.
FUNGSI AL-QURAN
|
||
Al-Quran
mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:
Pertama:
Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad saw.
Al-Quran
inilah bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw, sekaligus ianya
menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, dan bukan ucapan
atau ciptaan nabi Muhammad saw sendiri. Rasullulah saw telah menjadikan
Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Dan kita
dapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka
mempunyai kemahiran tingkat tertinggi fashahah dan balaghahnya.
Hal ini
tidak lain adalah kerana Al-Quran sememangnya adalah suatu mukjizat (yang
mustahil dapat ditandingi). Jika kita meneliti ayat-ayat cabaran yang Allah
SWT wahyukan di dalam Al-Quran daripada sudut dan konteksnya sebagai suatu
mukjizat, maka kita akan dapati bahawa Rasullulah saw telah mencabar
orang-orang Arab agar mereka menandingi kehebatan Al-Quran di dalam tiga
peringkat (rujuk Manna' Khalil Al Qatthan, Studi Ilmu-ilmu Qu'ran, hal 372):
Kedua:
Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.
Ayat-ayat
Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum politik negara (Al-Hukm),
sosial (Ijtima'i), pendidikan (Siyasah Ta'limiyah), pidana (Hudud),
pengadilan (Uqubat), akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib
dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia
untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya. Sememangnya
penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan penyelesaian
yang sebenar-benarnya sesuai dan memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Dan
keberkesanan dan kemampuan syariat Islam dalam menangani segala aspek
permasalahan manusia ini sememangnya tidak dapat dinafikan kecemerlangannya.
Kemampuan
syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia
inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling
menonjol di muka bumi. Inilah yang akan terjadi di masa hadapan Sebab,
kesejahteraan hidup yang dikecapi umat manusia dan keadilan yang mereka
rasakan lantaran diterapkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah melalui
Al-Quran dan Sunnah di bawah kepimpinan khalifah, (Khilafah 'ala minhajin
Nubuwwah) menjadi daya penarik yang paling dominan terhadap umat-umat dan
bangsa-bangsa non-muslim untuk meninggalkan sistem hidup dan perundangan
mereka yang rapuh dan usang, serta kezaliman para penguasa mereka yang hanya
mementingkan kelompok dan partinya sahaja.
Bangsa-bangsa
non muslim itu akan secara beramai-ramai masuk Islam setelah mendengar dan
melihat sendiri kesejahteraan hidup dibawah naungan syariat Islam (TTQ
An-Nashr). Sudah semestinya hal ini tidak seperti yang telah digambarkan di
dalam propaganda palsu para pembenci Islam. Juga setelah adanya jihad yang
dilancarkan para mujahidin ke negeri-negeri (orang-orang kafir) untuk
melepaskan belenggu-belenggu yang selama ini memasung kehidupan mereka.
Bahkan mereka yang kufur akan dapat menyaksikan sendiri keindahan dan kemanisan
kehidupan di bawah penerapan sistem Islam di dalam masyarakat yang hidup di
bawah naungan khilafah, dengan mengunjungi negeri tersebut.
|
||
AYAT-AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT-AYAT
MADANIYYAH
|
||
Berdasarkan
kepada tempoh waktu turunnya Al-Quran, ayat-ayat Al-Quran dibahagikan kepada
2 jenis:
Perbezaan
ayat - ayat Makaniyyah dengan ayat - ayat Madaniyyah ialah:
|
FADHILAT AL-QURAN
|
Di dalam
sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat
nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".
Melalui
hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat
yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan
bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian
kepalanya.
Apabila
mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain
kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan
datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang
kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang
meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi
orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan
meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah
tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya
masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala
dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat" . "
Janganlah
engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan
berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan
mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari
malaikat - malaikat dari syurga".
Alangkah
indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang
tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha
untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan
mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.
Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.
Allah
telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah
itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan
pemberi syafaat di Akhirat.
|
|
ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN
|
Di
antara adab membaca Al-Quran adalah:
KESIMPULAN
Dsini dapat disimpulkan bahawa Al- quran adalah sumber
kehidupan setiap muslim. Al quran adalah panduan hidup kita. Sebagai
umat islam, kita haruslah berpegang kepada al quran dengan membaca, memahami
dan mengamalkan serta menyebarluas ajarannya. Bagi merka yang mencintai dan
mendalaminya akan mengambil iktibar serta pengajaran, lalu menjadikannya
sebagai panduan dalam meniti kehidupan dunia menuju akhirat yang kekal abadi.
Mushaf Al quran yang
ada ditangan kita sekarang ternyata telah melalui perjalan yang panjang yang
berliku-liku selama kurun waktu lebih lebih dari 1400 tahun yang silam dan
mempunyai latar belakang sejarah yang menarik untuk diketahui.
RUJUKAN
1. Buku
Ulum Al quran , Rosmawati Binti Ali @ Mat zin,Pustaka Salam
|
No comments:
Post a Comment