PENGHARGAAN
Dengan
nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Segala puji dan keangungan
hanya layak bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam bagi junjungan
besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan pejuang yang meneruskan jihad bagi memastikan
kalimah Allah tertegak di Muka bumi ini.
Syukur kepada hadrat illahi yang
telah memberi pentunjuk dan hidayah kepada pengkaji dengan mengilhamkan idea
dan menguatkan semangat untuk membolehkan pengkaji membuat dan menyiapkan
tugasan yang diberi ini. Pada-Nya jualah pengkaji memohon keampunan, keredaan
dan kejayaan dalam segala aspek kehidupan.
Kami
ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Pn
Sohana Binti Abdul Hamid kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Ucapan
penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami
dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.
Akhir
madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau sebaliknya dalam pembikinan kertas kerja ini.Terima kasih.
PENGENALAN
Empayar Melaka telah diasaskan oleh
Parameswara pada tahun 1400 M. Beliau
seorang putera raja dari Palembang yang telah tiba ke Temasik dan
seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan di Melaka. Pada peringkat permulaan, Melaka
menghadapi saingan daripada kerajaan samudera-Pasai ( Samudera Pase ) dan Aru
di bahagian utara Sumatera yang menjadi pelabuhan penting menarik ramai
pedagang asing. Faktor ini menyebabkan kemajuann serta perkembangan Melaka
ialah kedudukannya yang strategik iaitu terletak di tengah – tengah jalan
perdagangan antara India dan China. Melaka juga mengadakan hubugan diplomatic
dengan negeri China pada zaman pemerintahan Parameswara. Hubugan ini penting
sebagai menghalang Melaka daripada diancam oleh Siam.
Perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan
telah menyebabkan beberapa peraturan pentadbiran diperkenalkan. Untuk
melicinkan urusan perdagangan , empat orang Syahbandar dilantik mewakili
masyarakat pedagang asing. Seorang Syahbandardilantik mewakili bangsa Gujerat,
seorang mewakili pendagang India, Benggala, Pegu(Burma) dan Pasai, yang ketiga
menwakili pedagang Jawa, Maluku, Banda, Palembang, Borneo dan Filipina, yang
keempat mewakili pedagang Champa, China dan Kepulauan Ryuku(Jepun).
Semasa pemerintahan Parameswara,
Melaka hanya sebuah petempatan yang kecil. Proses perluasan wilayah bermula
semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Sempadan Melaka diperluaskan sehingga
meliputi kawasan – kawasan di antara Beruas di Barat dan Kuala Terengganu di
Timur. Sejak pengasasannya, Melaka
memang memain peranan yang menonjol dalam aktiviti perdagangan baik di
peringkat antarabangsa mahupun di peringkat tempatan. Pada pertengahan abad
tersebut , Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama dikalangan Negeri
Nusantara. Ia mengantikan Majapahit sebagai pusat perdagangan Indonesia yang
amat strategic kepada perdagangan antarabangsa. Melaka merupakan sebuah
perlabuhan entreport yang dapat
mencantumkan hamper semua aktiviti perdagangan serantau terutamanya dikawasan kedua-dua
belah selat Melaka lebih kurang pada pertengahan abad ke 15 M.
Pada zaman pemerintahan Sultan
Mudzaffar shah(1445-1458 M), Melaka
menjadi pusatpengaruh agama Islam yang penting di asia Tenggara. Dengan
Kewibawaan Tun Perak, Melaka mampu menangkis serangan siam dalam usaha mereka
untuk menguasai Melaka. Zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1458-1477 M)
iaitu Sultan Melaka yang kenam merupakan zaman kegemilangan kerajaan Melayu
kerajaan Melayu Melaka. Bandar Melaka didatangi oleh saudagar- saudagar dan
peniaga-peniaga dari pelbagai negeri. Melaka juga merupakan pusat pengembangan
ajaran islam diseluruh rantau Nusantara ini, Kerajaan melayu Melaka juga telah
berjaya menakluk Pahang, Sungai Ujung, Jeram, Langat, Inderagiri, Palembang,
Jambi, Lingga, Tungkal, Siantan, Bentan, Kampar, dan Siak.
Pada awal abad ke 16 M, terdapat
sekurang- kurangnya 100 buah kapal yang besar dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapal kecil datang ke pelabuhan sehingga
menampung hampir 2000 buah kapal yang pelbagai saiz untuk satu- satu masa. Kepesatan
perdagagann di Melaka menyebabkan ia mempunyai system pengurusan yang teratur.
Empayar Melaka mula merosot saemasa pemerintahan
Sultan Mahmud Syah. Setelah kemangkatan Bendahara Tun Perak yang banyak berjasa
kepada Melaka, Sultan Mahmud Shah melantik Tun Puteh, adik Tun Perak sebagai
Bendahara Melaka, beliau dapat membawa masuk manjung di Selangor dan Beruas di
Perak.
1.0 PENGASASAN KERAJAAN MELAKA
Kesultanan melayu Melaka merupakan
sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia. Namun, zaman pra-
islam telah wujud beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu seperti Kedah Tua
dan kerajaan Perak tetapi tidak mempunyai banyak bukti dan rekod seperti
Kerajaan Melaka. Sebelum kewujudan dan Kepesatan Melaka telah wujud juga ,
sebuah kerajaan yang agung di Asia Tenggara iaitu Funan, Srivijaya, dan
Majapahit. Kesultanan melayu Melaka
merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang,
Sumatera Tenggara. Kerajaan ini telah muncul antara abad ke-7 hingga ke 13 M.
Srivijaya merupakan sebuah kerajaan Maritim dan mengendalikan perdagangan
dengan India,Asia Barat, dan China serta kawasan- kawasan pendalaman negerinya
tersendiri. Dari segi agama, kerajaan ini merupakan pusat asutan dan peyebaran
agama hindu-budhha serta pengajian bahasa Sanskrit.
Pada tahun 1391, kerajaan Srivijaya
telah diserang oleh kerajaan Majapahit. Hal ini menyebabkan seorang putera raja
Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya telah mengundur diri
hingga ke Temasik. Pada waktu itu, Temasik telah mempunyai politik tersendiri
yang bernaung dibawah kerajaan Ayudhya siam. Pemerintah kerajaan Temasik ialah
Sang Aji singapura, iaitu menantu kepada Raja siam sendiri.
Setlah menewaskan penguasa pulau
tersebut, Parameswara telah bertakhta di Singapura. Situasi ini memaksa parameswara dan para pengikut
mengudur diri ke semanjung tanah Melayu, pada mulanya baginda bertapak di Muar,
kemudian di senin Hujung, Bertam dan akhirnya Melaka sekitarnya 1400.
1.0.1 ASAL USUL NAMA MELAKA
1. Mitos Hindu, Pokok “Amalaka” pokok yang pertama tumbuh di alam
smestea. Dikaitkan dengan tempat kediaman dewa Hindu, Brahma, Vishnu dan Siva.
Menurut mitos hindu, buah pokok amalaka dikatakan mempunyai kuasa ajaib.
2. Sejarah Melayu, melihat satu peristiwa satu ekor pelanduk kecil
menendang anjing buruan miliknya, kejadian itu berlaku ketika beliau sedang
berehat dibawah pohon Melaka.
3. Istilah Arab, dikatakan nama Melaka juga diambil dari istilah arab iaitu “Malaqat” yang bermaksud
“tempat perlindungan” sebagai symbol tapak perlindungan.
2.0 PERKEMBANGAN
POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL
Apabila parameswara
membuka penempatan baru di Melaka, parameswara menyediakan kelengkapan perahu
yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.
Namun begitu, china masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat pada ma situ. Oleh
sebab itu, mana-mana kerjaan yang mendapat pengiktirafan daripada maharaja
china beruntunglah negeri tersebut.
Pada tahun 1403, Melaka bernasib baik kerana seorang duta telah tiba
dari negeri china iaitu Yin Ching, dengan membawa hadiah untuk parameswara.
Peristiwa ini membuktikan Maharaja Yung Lo iaitu maharaja Negara china dari
Dinasti Ming pada masa itu mengetahui
tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang datang dari
Timur Tengah seperti Arab dan Parsi.
Pada tahun 1405 utusan-utusan Melaka turut mengiringi Yin Ching
kembali ke negeri China. Melaka sebagai ‘wilayah’ (ti) diiktiraf dengan rasmi
sebagai ‘negeri’ (kuo) dan penguasanya diangkat menjadi ‘raja’ (wang). Kemudian
pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho, yang dikatakan seorang Muslim, di bawah titah perintah Maharaja Cheng Tsu
yang bergelar Yung Lo telah menghadiahi parameswara alat- alat kebesaran
diraja: sepasang mohor perak, kopiah, pengikat pinggang dan sehelai jubah.
Melaka pula dikurniakan ‘inskripsi diraja’ yang diletakkan diatas sebuah bukit (bukit Negara) sebagaii tanda
Melaka diangkat menjadi Bandar raya (ch’eng). Melaka adalah Negara pertama
diantara Negara-negara di Asia yang menerima penghormatan ini, bahkan
mendapatnya kali pertama selepas menghantar utusan dalam 1405. Negara – Negara
lain yang menerima inskripsi sedemikian
ialah: Jepun,(1406); Brunei(1408); dan Kochin(1416).
Dikatakan juga, Melaka dari tahun 1403 hingga ke tahun 1433
merupakan pelabuhan penting bagi Angkatan Laut Diraja Ming. Melaka bertindak
sebagai gudang atau tempat penyimpanan barang dagangan, sebelum barang- barang
itu dibawa balik ke negeri China apabila angkatan itu kembali dari lautan
Hindi. Disamping itu juga, Melaka menjadi pangkalan untuk membaiki Wangkang(perahu
besar). Walaupun begitu raja- raja Melaka tidak dapat lagi menikmati tahap
perdagangan seperti zaman srivijaya.
3.0 ZAMAN PENGUKUHAN
Pada tahun 1435 ialah
merupakan permulaan era pengukuhan bagi Melaka. Kota Melaka yang baru tumbuh
perlu lah dikenal dan dikagumi, bukan sebagai rajanya ‘memberontak lalu lari’
dari Palembang attau ‘raja yang membunuh lalu lari’ (dari singapura), tetapi
sebagai pewaris empayar Melayu Srivijaya. Untuk mengukuhkan kota Melaka ,
beberapa institusi telah diperkenalkan sebagai symbol- symbol diraja baru.
Antaranya:
v Salasilah diraja yang lebih khusus lagi gemilang bersusur- galur dari iskandar
Zulkarnain hingga ke parameswara turun
menurun. Salalasilah ini menyenaraikan,antara raja- raja besar dari Parsi dan
India.
v Perjanjian sri Tri
Buana-Demang Lebar Daun mencipta satu politi
yang saling membendung antara raja dan rakyat. Penekanan pada taat setia amat
diperlukan kerana situasi persekitaran
yang sentiasa mengancam. Konsep
‘Derhaka’ ditegaskan, begitu juga konsep ‘Daulat’, ‘Ditimpa Daulat’ dan’
tulah’.
v Alat- alat Kebesaran
Diraja dipelihara dan dipuja dan menjadi
sesuatu yang keramat. Yang termasuk di anataranya ialah ‘nobat’ala-alat bunyi-
bunyian yang dimainkan khas dalam upacara menabalkan raja dan upacara-upacara
lain. Alat-alat ini perlu di diarak dan diiring dalam upacara-upacara yang
diciptakan khas untuk menyanjung raja agar diri raja dapat rasa perbezaan
diantara rakyat.
v Bahasa dalam, ciri
dan gelaran diciptakhas untuk
kegunaan raja sahaja. Ciri atau pengisytiharaan semasa raja ditabalkan direkan
daripada bahasa siam.
v Adat istiadat dan
undang-undang ditetapkan , dikumpulkan
dan dibukukan peraturan dan undang-undang ini dikumoukan sebagai Hukum Qanun
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
Selain itu hukum syarak juga digunakan dalam perkara-perkara yang bersabit
agama islam.
v Berteguh dengan Agama
Islam walaupun seorang raja telah memeluk
islam tapikerajaan pada masa itu belum mantap lagi sehinggalah kedatangan
pendakwah-pendakwah seperti Sayyid Abdul Aziz ke Melaka . Maharaja akan sedar
tentang daya tarik dan daya tenaga islam ,lalu menjadikan agama rasmi dan memastikan
pembesar dan rakyat memeluk islam.
v Susunan Kerajaan pada zaman sultan Muhammad Syah, kerajaan Melaka semakin jelas.
Tugas dan gelaran menteri ditetapkan. Kerajaan ditadbirkan oleh para menteri
dan tugasnya masing- masi
4.0 SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA
Kedudukan
paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang
Di-pertuan’. Apabila pemerintah kerajaan Melaka mula memeluk islam ,pemerintah
digelar ‘sultan’ dan ‘Syah’.
Bilangan
|
Nama pemerintah
|
Tahun pemerintahan
|
1.
|
Parameswara/Iskandar Syah
|
1400-1414
|
2.
|
Sultan Megat/Makota Iskandar Syah
|
1414-1424
|
3.
|
Sultan Muhammad Syah
|
1424-1444
|
4.
|
Sultan Abu syahid
|
1444-1445
|
5.
|
Sultan Muzaffar Syah
|
1445-1456
|
6.
|
Sultan Mansur syah
|
1456-1477
|
7.
|
Sultan Alauddin Riayat Syah
|
1477-1488
|
8.
|
Sultan Mahmud Syah
|
1488-1510&1513-1528
|
9.
|
Sultan Ahmad Syah
|
1510-1513
|
Nama-nama pemerintah dan tahun memerintah
1.
Parameswara(1400-1414)
Raja Melaka yang pertama ialah Parameswara yang lari dari
Palembang setelah merajai negeri itu selama tiga tahun (1388-1390) kemudian
tinggal tingal di Singapura (1397-1398) dan selepas dihalau oleh siam (Ayudhya)
dari Singapura (1397-1398) telah mengembara ke Muar, Senin Hujung dan akhiranya
membuka negeri di Bertam dan Melaka. Pengembaraan ini berlaku selama kira-kira
dua tahun (1397-1399). Parameswara menjadi raja di Bertam / Melaka selama 14
tahun (1399-1413) dna meninggal dunia dalam tahun 1413 (wolters,1970). Rekod
cina mengisytiharkan kemangkatan Parameswara pad a5 oktober 1414 apabila Megat
Iskandar Syah anak Parameswara melaporkannya kepada Maharaja China tetatpi
tidak menyebut tarikh kemangkatan itu sama ada tahun 1413 atau pada awal 1414.
2. Sultan Megat Iskandar
Syah (1414-1424)
Menurut Tome Pires, Megat Iskandar berbuat baik dengan siam
(Ayudhya) dengan menghantar adik iparnya ke sana sebagai Duta. Sejak itu, semua
duta ke luar negeri adalah dari keluarga golongan diraja Melaka. Begitu juga
dengan jawa, baginda menghantar duta ke sana kerana hendak berbaik- baik dengan
pemerintah jawa yang baru Vikramarvaddhana(
1389-1429). Baginda menghantar utusan ke pasai juga meminta raja negeri itu
membenarkan para pendagang berdagang di Melaka. Rqaja pasai membenarkan tapi
dengan syarat raja Melaka hendaklah memeluk Islam. Setelah utusan Pasai ditahan
begitu lama, barulah mereka dibebaskan dan pasai serta Melaka pun giat
berdagang dan pedagang dari pasai ialah orang muslim iaitu orang Arab, Parsi,
dan Benggali pun datanglah ke Melaka.
Diceritakan bahawa beliau apabila berumur 48 tahun, Megat
Iskandar Syah mengunjungi Maharaja Cina dan mempersembahkan ufti dan menerima
cap mohor serta wang timah dan hadiah yang banyak daripada Maharaja cina.
Apabila beliau kembalinya ke Melaka, Baginda telah mengahwini nakhoda cina yang
mengiringi baginda balik ke Melaka. Menurut catatan ini, Hasil perkahwinan itu
ialah seorang putera bernama Raja putih dan Putera ini dikatan nenek moyang
raja-raja di Pahang, Kampar dan Inderagiri.
3.
Seri Maharaja/Sultan Muhammad Syah (1424-1444)
Seri Maharaja, anak Megat Iskandar
Syah juga memakmurkan Kota Melaka dan juga pernah mengunjungi negeri China
Bersama isteri, pembesar pembesar dan ufti. Didalama Catatan Yung-lo Shih-Lu 20
April 1424. Seri Maharaja mengunjungi Negeri Chhina dalam tahun 1433 dan
dipeking pada 26 mei 1434 dan tinggal di China hampir 2 tahun, sebelum bertolak
dari kanton selepas 28 april 1435. Ini adalah kunjungan terakhir bagi mana- mana utusan ke negeri china kerana
selepas tahun 1434, kerajaan negeri china tidak lagi bergiat aktif dalam hal-
ehwal luar negeri. Tidak ada lagi kunjungan dari china ke kota Melaka. Dan
tidak ada lagi raja Melaka mengunjungi
maharaja china.
Melaka selepas itu bertahan sendiri,
dari serangan siam dan musuh- musuh yang. Sekembalinya ke Melaka, baginda
menguatkan hak Melaka ke atas Beruas dan Terengganu. Peraturan Melaka
diperkemas, cukai diturunkan dan kemudahan disediakan.
4.
Parameswara Dewa Syah/Sultan Abu Syahid(1444-1445)
Raja Ibrahim ialah putera Sultan
Muhammad syah dengan Isteri Baginda puteri Rokan yang juga diangkat menjadi
Raja perempuan Melaka. Abang Raja Ibrahim ialah Raja Kasim, dan ibunya Tun
Ratna Wati ( keluarga Bendahara). Atas Desakan Raja Perempuan Puteri Rokan,
Raja Ibrahim telah menaiki Takhta setelah sultan Muhammad Syah mangkat, dan
ketika itu Raja Ibrahim masih kanak-kanak. Baginda dipangku oleh Raja Rokan
yang seolah-olah berkuasa di atas kerajaan Melaka. Raja Kasin dihalau dari
istana. Baginda mendapat sokongan daripada Seri Nara Diraja Tun Ali dan Seorang
Saudagar Arab, Maulana Jalaluddin, untuk merampas kerajaan daripada Raja
Ibrahim. Perampasan kuasa berlaku kira –kira 17 bulan selepas Raja Ibrahim naik
takhta. Kedua-kedua Raja Rokan dan Raja Ibrahim telah terbunuh. Raja Ibrahim
dikenal selepas mangkat dengan gelaran Sultan Abu Syahid.
5.
Sultan Muzaffar Syah (1446-1456)
Setelah Raja Kasim merampas Kuasa dan menaiki taktha kerajaan
Melaka, baginda digelar sultan Muzaffar syah. Disebut tentang kisah baginda
memperluas jajahan Melaka dengan menaklukni Manjung yang mnegeluarkan bijih
timah. Begitu juga Selangor dijadikan negeri pembayar ufti.
Diceritakan Pada zaman baginda , pembesar- pembesar Melaka
terbahagi kepada dua puak: Melayu dan
India Muslim. Puak Melayu diketuai olehKeliarga Bendahara seri Wak Raja Bapa
Tun Perak dan Puak India Muslim dipimpin oleh Seri Nara Diraja Tun Ali. Setelah
Bendahara Seri wak raja Mati (termakan racun) dan Tun Perak tidak diberi tugas
di istana tetapi dijadikan penghulu di kelang, maka puak menjadi lemah.
6.
Sultan Mansur Syah (1456-1477)
Apabila sultan Muzaffar Syah Mangkat,
Puteranya RajaAbdullah menaiki takhta kerajaan Melaka bergelar sultan Mansur
Syah. Dalam masa itu perluasan empayar Melaka berlaku.yang sudah tertakluk
ialah selangor, Bernam, Manjung, Perak(sekitar kuala sungai perak), Rupat,
Singapura, Bentan dan Pulau-pulau sekitarnya. Sultan Mahmud, khuatir tentang
kuasa siam di pantai timur sultan Mahmud telah menghantar Bendahara Tun Perak
menyerang Pahang yang dapat ditakluk bersama Seri Bija DirajaTun Hamzah.
Di Melaka menjadi tempat yang mudah
untuk memperoleh tenaga mahir dan tenga kerja. Apabila istana Sultan Mansur
terbaka,r Bendahara sedia membinnya dengan kerahan paratukang dari ungaran,
Tungkal, Buru, Suir, PAncur Serapung, Merba, Sawang, Kundur, Suntai, Malai,
Upang, Bertam, Dan Muar. Dalam masa yang singkat istana baru pun Siap.
Melaka telah mencapai kegemilanganya
pada zaman ini dengan adanya sultan yang kaya-raya, adil, pemurah, dan pecinta
agama dan ilmu pengetahuan. Pegawai- pegawai baginda yang terdiri daripada
tokoh-tokoh yang cemerlang dalam bidang maisng-masing. Bendahara Tun Perak,
Penghulu Bendahari Tun Ali, Hulunalang besar Tun Hamzah, Laksamana Hang Tuah
dan ramai lagi.
7.
Sultan Alauddin Riayat Syah(1477-1488)
Sultan Alauddin Riayat Syah dengan
nama sebenar Raja Husain telah mengantikan ayahnya. Sultan Alauddin Seorang
yang tegas bagaimana diceritakan dalam sejarah Melayu dengan cerita baginda meronda
pada waktu malam disekitar kota semasa kejadian mencuri menjadi- jadi pada masa
itu. Ketegasan beliau menyebabkan Temenggung mengadakan Sistem kawalan yang
lebih rapid an hukuman yang keras. Setelah itu Melaka menjadi lebih selamat.
Raja ini setelah memutuskan hendak
pergi ke Mekkah dan kini di Bertam, baginda berniat hendak ke hendak ke Melaka
meyelesaikan Segla persiapan dalam tujuh atau lapan hari mangkat kerana demam.
Menurut Wilkinson, Sultan Alauddin mangkat keran diracun oleh saudaranya
sendiri sultan Muhammad/ Mahmud Syah Pahangaa semasa usia baginda masih muda.
Sultan Alauddin Riayat Syah telah memerintah Melaka selama 33 tahun.
8.
Sultan Mahmud Syah(1488-1528)
Penganti Sultan Alauddin ialah Raja
Muhammad/mamat yang bergelar sultan Mahmud Syah. Sultan Alauddin telah
mengamanatkan agar puteranya uang mudaitu dirajakan, padahal masih ada Raja
Munawar yang lebih tua. Hal ini menyebabkan penentangan terhadap pengakangtan
Raja Muhammad. Sultan Mahmud Syah dikatakan bersifat kejam dan juga siuka
berfoya-foya. Contohnya, Baginda telah membunu Tun Ali Sandang untuk
mendapatakan Tun Dewi. Dan juga baginda telah membunuh Raja zainal ini adalah
disebabkan kacak dan lebih menarik kepada wanita-wanita kota Melaka.
Diceritakan Juga, masa pemerintahan sultan MAhumd Syah, kezaliman beliau telah
membunuh Bendahara Seri Maharaja dan ahli keluarga kerana fitnah yang dibuat
oleh Raja Mudaliar seorang saudagar
India yang terkaya Di Melaka meneruis Laksamana Khawaja Hassan.
Walaupbagaimanapun, Baginda tertarik dengan pegajian agama. Pernah Baginda
berjalan kakikerumahMaulana Yusuf untuk belajar Muamalat. Peyesalan atas
pembunuhan keluarga Bendahara menyebabkan baginda meyerahkan Melaka kepada
puteranya raja Ahmad dan baginda diam kayu Ara di ulu Melaka.
9.
Sultan Ahmad Syah(1510-1513)
Raja melaka yang terakhir bukanlah sultan Mahmud Syah Seperti
yang Biasa kerana baginda telah mengangkat Raja Ahmad , puteranya menjadi raja
kepada kerajaan Melaka pada 1510. Tarikh kemangkatan sultan Ahmad tidak dapt
dikesan dengna tepat. Bagaimanapun, ia berlaku setlah baginda tinggal dikopak,
Bentan Selepas tahun 1513 tetapi sebelum Tun Fatimah melahirkan Raja Ali (Raja
Alauddin), Kerana Raja Ali terus diangkat menjadi Sultan Muda sejak lahirnya.
5.0 SISTEM
PENTADBIRAN PEMBESAR EMPAT BERLIPAT
1.
SULTAN
Raja Melaka merupakan orang dan institusi yang terpenting.
Sebagai Pemenrintah, raja yang disifatkan sebagai orang yang mulia dan
mempunyai pelbagai kelebihan. Sejarah Melayu meletakkan raja di tempat yang
penting disisi Nabi dan raja dianggap bayangan tuhan di muka bumi ini. Seorang
raja digelar “yang dipertuan” negeri
Melaka serta takluk rantaunya. Setelah memeluk islam, raja Melaka menggunakan
gelaran ‘sultan’ dan ‘syah’. Sistem pemerintahan beraja secara mutlak diamalkan
sejak zaman srivijaya lalu diperkukuhkan di Melaka. Kedudukan dan hak tidak
boleh dipersoalkan atau diganggu.
2.
BENDAHARA
Dalam pentadbiran Negara, raja melakadinasihati oleh beberapa
pembesaratau menteri yang dilantik kerana pengetahuan dan pengalaman mereka.
Penasihat utama atau meneteri besar ialah bendahara. Beliau mestilah pembesar
paling kanan dan ketua jemaah menteri. Bendahara Melaka berkuasa bertindak sebagai pemangku raja sekiranya raja yang memerintah masih kecil. Beliau boleh
memangku jawatan raja. Bendahara juga seorang ketua hakim dan ketua turus
angkatan tentera , dimana diceritakan beliu pernah mmembawa angkatan perang
Pahang menangkis serangan Ligor yang datang menyerang Pahang. Kawasan pegangan
Bendahara adalah terletak di Muar dan Bentan.
3.
PENGHULU BENDAHARI
Selepas bendahara, menteri yang paling kanan ialah penghulu Bendahari. Beliau
bertanggunjawab ke atas segala bendahari raja, baik di Melaka mahupun di
neger-negeri bawah naugan Melaka. Semua bendahari memungut cukai dan hasil
negeri serta semua syahbandar adalah dibawah beliau. Pendek kata beliaulah
menteri kewangan negeri Melaka. Beliau
menyimpan daftar hamba raja, iaitu segala hamba yang menguruskan hal-hal
istana. Dan apabila raja mengadakan
majlis , beliau bertanggungjawab menguruskan kelengkapan dalam istana. Kawasan
yang dipegang oleh beliau ialah senin hujung dan Kampar.
4.
TEMENGGUNG
Temenggung ialah jawatan terkanan selepas Penghulu Bendahari.
Beliau bertanggungjawab melaksanakan undang-undang dan peraturan negeri
terutama mengenai keselamatan.Sebagai ketua polis Negara , beliau menangkap
orang yang bersalah, memasung dan menghukum mereka. Temenggung juga memerintah
orang membetulkan segala jalan dan lorong. Pembinaan dan pembaikan kota, parit
dan segala yang berkaitan dengan pertahan masuk tugas temenggung. Beliau juga
adalah ketua protokol istana. Beliau mengaturtempat duduk pembesar- pembesar
negeri.
5.
HULUBALANG BESAR
Dibawah temenggung mempunyai dua jawatan tentera, Hulubalang
Besar dan Laksamana. Sebelum Melaka
menjadi satu empayar maritim jawatan
ketenteraan yang penting ialah Hulubalang Besar. Beliaulah ketua segala
hulubalang di Melaka. Gelaran bagi jawatan pegawai ini ialah
“Seri Bijaya Diraja”. Dibalairung diraja, hulubalang besar berdiri
memegang pedang kerajaan bergilir-gilir dengan Laksamana.
6.
LAKSAMANA
Laksamana ialah jawatan gelaran sekaligus. Orang yang pertama
memegangnya ialahm Hang Tuah, Hulubalang yang terhandal dan tiada terbelah bagi
taat setianya kepada Raja Melaka. Jawatan ini wujud setelah Hang Tuah menunjukkan
kehandalanya sebagai pewira membunuh orang mengamuk dan menewaskan Taming sari,
Perajurit majapahit. Sultan Mansur Syah mengangkat beliau serta empat
sahabat beliau menjadi pengawal peribadi
. Wilayah pegangan beliau ialah Sungai Raya dan Pulau Siantan.
7.
SYAHBANDAR- PEGAWAI PELABUHAN MELAKA
Di antara tugas pegawai-pegawai yang terpenting di Melaka
termasuk tugas yang terpenting di Melaka termasuklah tugas yang dipikul oleh
syahbandar yang tergolong di bawah Penghulu bendahari Seri Nara Diraja, Syahbandar-syahbandar
Melaka yang bertemu dengan nakhoda-nakhoda kapal dan membawa mereka kepada
bendahara. Kemudian syahbandar kepada mereka gajah untuk membawa barangan
gudang yang ditetapkan untuk simpanan sementara. Sebelum jual beli berlaku,
cukai perlu dibayar menurut nilai barangan dan dari mana asalnya. Selain itu,
hadiah untuk Raja Melaka, Bendahara dan Temenggung perlu diadakan selain habuan
untuk syahbandar.
6.0 FAKTOR KEGEMILANGAN
1.
Faktor Semulajadi
v Kedudukan geografi juga
menyumbang kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini demikian
kerana, Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di
pertengahan jalan perdagangan anatara Timur dan Barat. Pedagang-pedagang asing
yang berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan berdagang di
Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal.
Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh
Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. Pedagang-pedagang
yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk pulang dan
datang ke Melaka. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November
hingga Mac membawa pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa
pedagang Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka. Angin Monsun Barat
Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akan membantu pedagang
Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama membawa pedagang China
belayar pulang dari Melaka. Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam
membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh di kawasan pelabuhan. Perairan
Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka
mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah. Melaka juga mempunyai bentuk muka
bumi yang berbukit yang menjadi panduan untukl kapal dagang keluar masuk ke
pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati
musuh. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula
menjadikannya sukar ditembusi musuh.
2.
Faktor
Ekonomi
v Kemudahan Pelabuhan yang ada di
pelabuhan Melaka juga turut menyumbang faktor kegemilangannya. Pelbagai
kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik
pedagang-pedagang asing ke palbuhan Melaka. Antara kemudahan-kemudahan tersebut
ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk
menyimpan barang. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar
seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja untuk kemudahan para
pedagang untuk membawa barangan ke gudang. Pedagang juga mudah mendapatkan
bekalan makanan dan air semelum memulakan pelayaran semasa menunggu pertukaran
angin Monsun. Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk
untuk melindungi pedagang daripada lanun.
v Cukai Perdagangan yang
merupakan sumber ekonomi Melaka menyebabkan Melaka menjadi pelabuhan yang maju
dan terkenal sekaligus kegemilangannya dipertahankan. Melaka mempunyai cukai
pelabuhan yang teratur dan berpatutan. Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan
dalam urusan perniagaan iaitu cukai rasmi (duti import) atau panduan dan cukai
tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada sultan dan pembesar. Selain itu,
cukai juga dikenakan ke atas keluar masuk barangan makanan di Melaka kerana
hasil pertanian Melaka tidak mencukupi untuk keperluan sendiri. Pedagang juga
perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk urusan jual
beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga Surat Kebenaran Berniaga
dikeluarkan bertujuan untuk memastikan urusan perdagangan adalah lancar dan
sumber pendapatan kerajaan. Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan
Melaka ialah Sistem Cukai Berkeutamaan. Cukai yang dikenakan ialah mengikut
kawasan dan hubungan dengan Melaka Pedagang dari Barat seperti India, Tanah
Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6%, pedagang dari Timur seperti
China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka dikehendaki memberi
persembahan iaitu hadiah kepada Sultan, Temenggung dan Syahbandar dan pedagang
dari Kepulauan Melayu atau tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3%.
v Penggunaan Sistem Mata
Wang membuatkan Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga
dijalankan melaui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang. Wang logam mula
digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan
pedagang asing telah meluaskan lagi menggunakan mata wang tersebut. Wang logam
ini diperbuat daripada timah yang dipanggil calains.Pada permukaan wang timah
ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa itu. Penggunaan mata
wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari
Pedir,Pasai, Kembayat dan Gujerat. Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah
pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan
barangan dari kepulauan Melaytu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan
Barat ke Kepulauan Melayu.
3. FAKTOR POLITIK DAN PENTADBIRAN
v Bahasa Melayu sebagai Lingua
Franca juga memnyumbang kepada kegemilangan Melaka.Bahasa Melayu telah
digunakan dengan meluas di Melaka. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca
kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka.
Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai
Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga
digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah
jajahan Melaka. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial,
pentadbiran, ekonomi, agama agama dan pendidikan.
v Hubungan diplomatik dengan negara
serantau menyebabkan Melaka terkenal sekaligus dapat mempertahankan
kegemilangannya. Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan
dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak pemerintahan Parameswara lagi.
Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negera-negara ini kerana
kegiatan perdagangan seperti Pasai membekalkan lada hitam, emas dan beras,
Jawa-membekalkan beras, bahan makanan dan rempah serta Kampar dan
Siak-membekalkan emas.
v Hubungan Melaka dengan Pasai
terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai dan
memeluk agama Islam. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin
dengan orang tempatan. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang
perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam. Kerajaan Melaka juga telah
membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar pembesar
dan tenteranya. Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan
hormat-menghormati dan tolong menolong. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai
dianggap setaraf. Istilah Salam digunakan semasa berutus surat. Melalui
hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bekalan seperti
beras, makanan dan rempah dari Jawa dan ada hitam, beras dan emas dari Pasai. pusat
perkembangan agama Islam juga salah satu faktor yang menyebabkan
kegemilangannya. Hal ini dibuktikan apabila, Kedah dan Terengganu adalah antara
kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima ajaran Islam. Kedah
menerima agama Islam sekitar abad ke 9, iaitu dengan penemuan batu nisan di
Tanjung Inggeris, Kedah dan penemuan batu bersurat dari Kuala Berang Terengganu
membuktikan agama Islam telah bertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagi.
Melaka pula telah menerima agama Islam pada abad ke 15 apabila Megat Iskandar
Syah memeluk agama Islam.
v Keunggulan Melaka sebagai pusat
penyebaran Islam dapat membuktikan Melaka dapat mempertahankan kegemilangannya.
Pada abad ke 15 Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian Islam.
Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu di
Melaka untuk berdakwah .Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat
Melaka. Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban
untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam. Pemerintah juga memgambil
berat terhadap pendakwah seperti tempat tinggal kepada pendakwah. Pemerintah
atau raja Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama Islam iaitu dengan
menganuti agama tersebut dan kemudian diikuti pembesar dan rakyat jelata.
Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk
bertanyakan mengani hal-hal agama demi mendalami agama Islam. Sultan Melaka
turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah.Sultan Muzaffar Shah telah
mendirikan beberapa institusi agama seperti masjid madrasah dan surau iaitu
tempat untuk mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci al-Quran. Melaka
merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf ialah ajaran
untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan. Abdul Karim al-Jili
merupakan ahli tasawuf yang terkanl di Melaka. Beliau mengarang sebuah kitab
iaitu Insan al-Kamil. Di istana Melaka kegiatan yang berkaitan dengan agama
Islam dijalankan seperti menterjemah kitab-kitab, menyadur kitab-kitab dan
menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan. Antara kitab terkenal yang telah
diterjemahkan ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
Dalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai-nilai Islam
seperti konsep musyawarah. Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke Negara
lain di Asia Tenggara
v Perkahwinan Diraja juga turut
memainkan peranan penting dalam mempertahankan kegemilangan Melaka.
Puteri-puteri Islam Melaka dikahwinkan dengan raja-raja yang bukan Islam.Contoh
dengan raja negeri Kedah Pahang dan Kelantan. Putera-puteri dari Rokan, Siak
dan Inderagiri. Puteri Sultan Mansor Shah telah dikahwinkan dengan putera Raja
Siak. Perkahwinan tersebut menyebabkan agama Islam tersebar dengan mudah ke
negeri-negeri tersebut. Selain itu, perkahwinan dengan rakyat juga membantu
menyebarkan agamna Islam.
v Penaklukan semasa pemerintahan
Sultan Mansur & Bendahara Tun Perak juga merupakan faktor kegemilangan
Melaka. Raja-raja di negeri-negeri yang ditakluk oleh Melaka akan memeluk agama
Islam untuk mendapat kurniaan atau layanan yang lebih baik serta menunjukkan
taat setia kepada Sultan Melaka. Rakyat jelata pula akan mengikut jejak langkah
raja iaitu memeluk Islam secara sukarela. Contoh di Terengganu, Johor,
Kelantan,Pahang, Rokan dan Inderagiri
KESIMPULAN
Dengan memahami kelahiran perkembangan kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka ini, kita dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu
ketamadunan Melayu Melaka yang tinggi pada zaman dahulu yang setanding dengan tamadun-tamadun
dunia yang lain. Dengan kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri Melaka ini,
dapat dibuktikan bahawa Melaka mempunyai kedaulatan yang tersendiri. Dengan
pemahaman itu, maka dapatlah generasi kemudiaannya menghayati dan menghargai
sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.
Sistem
pentadbiran kerajaan Melaka
adalah berasakan hierarki ataupun feudal iaitu raja berkuasa mutlak. Terdapat
juga peraturan dan undang-undang yang diwujudkan untuk menitikberatkan jurang
antara pemerintah dengan rakyat. Kesultanan Melayu Melaka telah mencetuskan
tamadun berpolitik yang tinggi. Kemantapan Kesultanan Melayu Melaka yang
diasaskan oleh Parameswara ini sebagai kerajaan kelautan dan pusat penyebaran
agama Islam adalah disebabkan struktur pentadbirannya yang tersusun. Maka tidak
berasalahan jika dinyatakan bahawa Melaka merupakan pengasas budaya politik
bagi Malaysia masa kini.
LAMPIRAN
RUJUKAN
2. Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, Penulis Ahmad Fawzi Bin Mohd Basri, Mohd Fo’ad bin Sakdan dan
Azmi bin Man, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lupur, 2011
3. Malaysia Kita,
Institut Tadbiran Awam Negeri( INTAN) 1991, Cetakan pertama 1991.
4. Penjajahan Portugis dan sepanyol ke atas Asia Tenggara, Maruwiah Amat.
No comments:
Post a Comment