KISAH SEDIH
BILAL BIN
RABAH
Bilal bin Rabah adalah
seorang lagi tokoh sahabat
Rasulullah S.A.W. yang kedua
pentingnya dalam menegakkan
syiar Islam. Kisah ataupun
riwayat hidupnya sebelum dan
sesudah memeluk agama Islam
adalah merupakan suatu kisah
yang amat memilukan bagi
kaum muslimin yang
mengetahui.
Beliau merupakan salah
seorang sahabat Rasulullah
S.A.W. yang paling rapat.
Kemana sahaja Rasulullah
S.A.W. pergi dia tetap bersama
dengannya.
Bilal bin Rabah pada asalnya
adalah seorang hamba kepada
sahabat karib Abu Jahal yang
bernama Umaiyah bin Khalaf.
Menurut riwayat, setelah
Umaiyah mengetahui bahawa
Bilal telah memeluk agama
Islam, Umaiyah telah
menyiksanya dengan cara yang
amat kejam sekali.
Pernah suatu ketika beliau
telah didera di tengah padang
pasir dalam keadaan
ditelentangkan dengan badan
yang ditelanjangkan. Di tengah
padang pasir dan di bawah
keterikan panas matahari yang
membakar itu beliau telah
dipukul oleh beberapa orang
tukang pukul dari golongan
kaum Quraisy. Tujuan mereka
berbuat begitu ialah agar Bilal
kembali kepada agama
asalnya.
Oleh kerana keimanan Bilal
begitu menebal, meereka tidak
Berjaya mengubah akidahnya.
Sebaliknya semakin hebat dia
disiksa semakin galak dia
mengingati Allah S.W.T.
Semasa dia disiksa dia tidak
henti-henti menyebut: “ Ahad!
Ahad!”
Semakin kuat Umaiyah
menyiksa dia semakin galakdia
menyebut ayat itu.
Melihatkan Bilal bersikap
teguh dengan pendiriannya,
lantas Umaiyah menampar
mukanya dan berkata :” Hei
budak jahat, engkau benar-
benar celaka, aku mahu kau
menyebut lata dan uzza.”
Namun demikian, walaupun
dia disiksa dengan sebegitu
kejam akan tetapi pada Bilal
itu hanyalah merupakan
menambahkan keimanan
terhadap agama yang telah
diyakininya itu.
Setelah melihatkan segala
tindakannya terhadap Bilal
tidak mendatangkan kesan
maka Umaiyah pun pergi
berjumpa dengan Abu Jahal.
Setibanya dia di rumah Abu
Jahal maka Umaiyah pun
bermuafakat dengan nya
bagaimana hendak mengatasi
masalahnya itu.
Umaiyah berkata kepada Abu
Jahal: “ Lebih baik saja kita
bunuh budak hitam itu.” “Itu
tidak bijak.” Jawab Abu Jahal. “
Kalau membunuh dia bererti
kita lemah dan kalah. Orang
akan menentang kita secara
diam-diam,” sambung Abu
Jahal.
Umaiyah berkata lagi : :
Apakah yang patut kita
lakukan?” “Kita siksa dia
sehingga dia tidak berdaya
lagi,” kata Abu Jahal memberi
pendapat.
Umaiyah berkata lagi” “ Sampai
bila dan berapa lamakah kita
harus menyiksa dia?” “ Sampai
dia kafir semula,” jawab Abu
Jahal bangga. Umaiyah tidak
berasa puas hati maka dia
berkata lagi :” Ya Abu Jahal,
kita sebenarnya masih
ketinggalan zaman kerena
belum pernah aku lihat
seorang manusia yang begitu
sabar menanggung pelbagai
azab demi mempertahankan
kepercayaannya sebagaimana
Bilal.”
Umaiyah bertanya lagi: :
Adakah cara lain yang engkau
fikir boleh membuatkan dia
mengubah pendiriannya?”
“Begini,” kata Abu Jahal
memulakan pendapatnya.”
Bukankah hari amat panas
sekali, jadi pakaikan dia
dengan pakaian besi kemudian
kita jemurkan dia di tengah
padang pasir di luar kota
Mekah. Aku percaya budak
hitam itu tidak akan dapat
menahan kepanasan besi dan
cahaya matahari yang
membakar itu.”
Umaiyah bertanya lagi” Adakah
perbuatan ini akan berhasil?”
“Tentu sekali aku percaya dan
yakin jika dia mendengar
rancangan kita ini tentu dia
akan meminta ampun dan
dengan itu sudah tentu dia
akan kembali kepada agama
asalnya,” Kata Abu Jahal
dengan penuh yakin.
Setelah segala rangcangan
mereka siap diatur maka
mereka pun menangkap Bilal
dan dipakaikannya dengan
sehelai baju besi. Kemudian
mereka pun membawa Bilal
ketengah padang pasir dengan
kakinya dirantai.
Setibanya di tengah padang
pasir itu mereka pun
meninggalkan Bilal
keseorangan diri di antara
batu-batu padang pasir itu.
Hari itu amat panas sekali
sehingga tidak ada sesiapapun
yang sanggup berdiri lama di
bawah sinaran matahari pada
masa itu. Manakala pada
malam harinya pula
keadaannya amat sejuk
sehingga terasa ke tulang
hitam.
Azab yang diterima oleh Bilal
tidak terperi sakitnya.
Bagaimanapun dia tidak
mengeluh atau gentar
menghadapi segala percubaan
yang diterimanya. Hatinya
bulat, dia hanya berdoa kepada
Allah S.W.T. agar Allah S.W.T.
menguatkan imannya di
samping memohon bantuan
agar Allah S.W.T. melepaskan
dia dari azab yang tidak
tertanggung itu.
Keesokan harinya Abu Jahal
dan Umaiyah datang menemui
Bilal. Dalam hati mereka
berdua menyangkakan
tentulah bilal akan bersujud
kepada mereka meminta
ampun dan berjanji akan
mengubah pegangannya.
Sebaik saja syaitan Quraisy itu
bersemuka dengan Bilal,
semangatnya menjadi semakin
kental mengadap segala
kemungkinan dan
kemarahannya semakin
meluap-luap terhadap kedua
manusia itu.
Abu Jahal mendekati Bilal lalu
membisikan sesuatu, katanya:
“ Hai Bilal, bagaimanakah
keadaan engkau sekarang?”
Kemudian Bilal menjawab: “
Ahad! Ahad!”
Mendengar perkataan itu,
secara tiba-tiba Abu Jahal
menjadi marah. Hatinya berasa
terlalu sakit mendengar
perkataan itu, bagi dia
perkataan itu seolah-olah
racun baginya.
Lantas dia berkata kepada Bilal
dengan geramnya : “ Hei budak
hitam, apakah kau masih
mahu berkeras di atas
kesesatan engkau ini.”
Abu Jahal mengamuk dan
meradang setelah Bilal tetap
dengan pendiriannya. Dia
mencari-cari di sekelilingnya
kalau-kalau ada benda yang
dapat di pergunakannya untuk
membunuh Bilal pada masa
itu. Kemudian dia ternampak
seketul batu besar tidak jauh
dari situ, lantas dia serta
Umaiyah dan juga para
pengikut yang mengiringin
mereka mengangkat batu besar
itu dan meletakkannya di atas
dada Bilal bin Rabah.
Setelah batu itu diletakkan di
atas dadanya, Bilal merasa
terlalu sukar untuk bernafas,
tetapi dalam hatinya masih
menyeru “ Ahad! Ahad!”
Abu Jahal, Umaiyah dan para
pengikutnya mengugut Bilal
mengatakan bahawa dia akan
mati tidak lama lagi. Mereka
bersorak-sorak melihat
keadaan Bilal semakin payah
untuk bernafas dan semakin
perlahan pula suaranya
menyebut “ Ahad! Ahad.” Akan
tetapi gerak bibirnya masih
belum berhenti dari menyebut
perkataan itu.
Segala harapan Abu Jahal
untuk melihat Bilal memohon
ampun dan balik ke agama asal
meleset sama sekali. Bahkan
bibir Bilal tidak henti-henti
menyebut “Ahad! Ahad”’ malah
adakalanya kedengaran dia
berdoa kepada Allah S.W.T. ,
katanya “ Ya Allah, sekiranya
mereka mahu membunuh aku
agar aku menyekutukan Tuhan
Ar Rahman maka biarlah aku
mati, daripada menyekutukan
Tuhan. Aku tidak takut mati,
aku tidak takut mati, aku lebih
takut menyekutukan Tuhan
Ar-Rahman. Ya Allah, Tuhan
Ibrahim, Yunus, Musa dan Isa
aku bermohon kepadamu
selamatkanlah aku dari
siksaan ini.”
Doa Bilal yang kedengaran
terketar-ketar itu di dengari
oleh Abu Jahal dan Umaiyah.
Mereka berpandangan sesama
sendiri memikirkan apakah
yang harus dilakukan lagi
terhadap Bilal. Kemudian
Umaiyah berkata kepada Abu
Jahal :” Bukankah sudah aku
beritahu pada engkau, tak
guna lagi kita menyiksa budak
itu. Dia memang keras kepala,
memang tak ada harapan yang
dia akan mengikut agama kita
lagi, lebih baik saja kita bunuh
dia.”
Dalam perkara ini Abu Jahal
lebih pintar dari Umaiyah.
Sambil menundukkan kepada
dia mencari-cari jalan
bagaimana hendak memaksa
Bilal supaya dia kembali kafir.
Membunuhnya sebagaimana
yang disarankan oleh Umaiyah
adalah jalan yang terakhir
tetapi tidak menguntungkan
mereka, sebaliknya dia akan
membawa banyak akibat dan
kerugian kepada pihak Quraisy
sendiri.
Kisah penderitaan Bilal
menghadapi siksa dari pihak
Quraisy akhirnya telah sampai
ke pengetahuan Rasulullah
S.A.W. dan Saiyidina Abu Bakar
Al Siddiq r.a. Setelah mendapat
berita itu, tanpa membuang
masa Saiyidina Abu Bakar pun
terus menuju ke tempat Bilal
di siksa itu. Di bawah
kepanasan cahaya matahari
Saiyidina Abu Bakar meredah
padang pasir yang luas itu.
Dari jauh dia nampak
sekumpulan manusia sedang
mengerumuni sesuatu. Tanpa
membuang masa Saiyidina Abu
Bakar datang kearah mereka,
mereka pun berundur. Sebaik
saja Saiyidina Abu Bakar
sampai disitu dilihatnya Bilal
masih hidup dan dia tidak
henti menyebut “Ahad! Ahad!”,
akan tetapi keadaanya begitu
menyayat hati. Dia meronta-
ronta seperti separuh nyawa
ikan. Batu besar yang
menghempap pada perutnya
menyebabkan dia mengalami
kesesakan nafas.
Melihat keadaan sahabatnya
diperlakukan begitu dia berasa
amat hiba sekali, Saidina Abu
Bakar yang biasanya bersifat
penyabar, lemah lembut dan
tenang tiba-tiba saja melenting
marah bagai api menjulang.
Api kemarahannya terlalu
membara melihat kejadian
yang menyayatkan itu. Ketika
itu dilihatnya Abu Jahal dan
Umaiyah adalah seperti budak
kecil.
Dengan suara yang lantang dia
berkata kepada Abu Jahal: “
Sampai bila kamu akan
menyiksa budak itu?”
Kata Umaiyah :” Itu urusan
kami, mengapa kau harus
masuk campur, ini hamba aku,
aku boleh siksa dia sesuka hati
aku dan aku boleh lepaskan
dia bila aku suka.”
“ Apakah engkau tidak takut
kepada Allah melakukan
siksaan seperti ini?”, kata
Saiyidina Abu Bakar. Umaiyah
berkata lagi :” Cukup…cukup
hai Abu Bakar! Kerana
engkaulah maka dia aku siksa
dan engkaulah yang
merosakkannya.” Jawab Abu
Bakar dengan marah : “ aku
bukan merosakkannya, aku
hanya menunjukkan jalan yang
benar.”
“Sudah…sudah aku cukup
mengerti perkara itu, engkau
tidak perlu menerangkannya.
Hanya satu permintaan aku
jangan kau campuri urusan
kami,” bentak Umaiyah.
“ Kami tidak akan membiarkan
perbuatan kejam seperti ini
dilakukan terutama sekali
terhadap salah seorang teman
yang sefahaman dengan kami.
Menyiksa dan memaksa dia
sama dengan menyiksa dan
memaksa kami. Terus terang
aku katakan bahawa aku akan
membelanya dan tidak akan
meninggalkan tempat ini
sebelum engkau
melepaskannya dan
memerdekakan daripada
penganiayaan yang kejam ini, “
tegas Abu Bakar geram.
“ Kami semua sudah sepakat
tidak akan melepaskannya
sehingga dia kembali kepada
agama asalnya atau dia mati
dalam siksaan ini,” jawab
Umaiyah pula. Kemudian Abu
Bakar berkata lagi : “ Engkau
akan hampa saja hai Umaiyah.
Sudah pasti dia tidak akan
kembali kepada agama asalnya
setelah mendapat hidayah dari
Allah. Seperti orang yang
berada dalam gelap gelita dia
tidak akan mahu ketempat
gelap itu setelah menemui
tempat yang terang
benderang.”
Umaiyah berkata dengan
marah: “ Wahai Abu Bakar,
apakah engkau datang ini
untuk meminta ampunkan
dosanya daripada kami atau
engkau datang ini untuk
membantu dia menghina dan
memaki hamun Tuhan kami di
hadapan muka kami sendiri?”
“Saya katakan kepada kamu
semua bahawa dia akan tetap
berpegang kepada
kepercayaannya sampai dia
mati walaupun dia disiksa”. “
Jadi adakah kamu mahu dia
hidup dan saya beri dia makan
dan minum serta pakaian
kemudian dia menghina dan
mengejek-ngejek agama kami
setelah itu dia mengoda isteri
dan anak-anak kami?” Sergah
Umaiyah.
“ Aku sedia membelinya.” Kata
Abu Bakar selamba. “ Engkau
mahu membelinya,” kata
Umaiyah seakan-akan
terkejut. “ Benar….. aku mahu
membelinya,” kata Abu Bakar.
“Berapakah kamu sanggup
bayar,” Tanya Umaiyah. “
Berapa yang kamu minta,”
jelas Abu Bakar.
Setelah berpakat dengan Abu
Jahal, Umaiyah pun berkata :”
Lima wang emas ( setengah
kilo).” Tanpa tawar menawar
abu Bakar terus membayarnya.
Setelah urusan jual beli itu
selesai, tanpa membuang masa
Saiyidina Abu Bakar berlari
mendapatkan Bilal yang sedang
dihempap batu besar itu. Oleh
kerana batu itu terlalu besar
Saiyidina Abu Bakar tidak
berdaya mengangkatnya
seorang diri. Orang ramai yang
tadi bersurai datang menolong
Abu Bakar kerana bersimpati
dengannya. Kemudian batu
besar itu Berjaya diangkat dan
Bilal pun terselamat dari
siksaan seterusnya.
Saiyidina Abu Bakar terus
memapah Bilal untuk dibawa
pulang mengadap Rasulullah
S.A.W. Tidak lama kemudian
Saiyidina Abu Bakar
memerdekakan Bilal. Akhirnya
Bilal dibebaskan dan tidak
dikuasai oleh sesiapa lagi.
Lantaran tingginya budi
Saiyidina Abu Bakar dan besar
jihad beliau terhadap Islam
maka turunlah ayat Quran
yang menyatakan kesalahan
Umaiyah bin Khalaf serta
memuji Saiyidina Abu Bakar
yang penuh dengan sifat
kemanusiaan yang tiada
bandingannya itu.
Pada zaman Rasulullah S.A.W.,
ketika tiba waktu sembahyang
Nabi S.A.W. menjadi iman dan
Bilal r.a. menjadi Mu'adzzin.
Bilal r.a. memang terkenal
dengan suaranya yang merdu.
Selepas Rasulullah S.A.W.
wafat, Bilal meninggalkan kota
Madinah.
Suatu ketika Bilal r.a.
bermimpi bertemu dengan
Rasulullah S.A.W. dan berkata
baginda dalam mimpinya,
"Wahai Bilal, mengapakah
kamu tidak menziarahiku?"
Sebaik sahaja Bilal terjaga dari
tidurnya, dia pun bersiap-siap
untuk berangkat ke Madinah.
Setibnya di Madinah, Bilal r.a.
bertemu Hassan dan Hussain
yakni cucu Rasulullah S.A.W.,
lalu mereka meminta Bilal r.a.
untuk melaungkan azan. Untu
tidak menghampakan
permintaan dari orang-orang
yang sangat dikasihinya, maka
Bilal r.a. pun mengalunkan
azan.
Apabila suara Bilal berazan
berkumandang, maka
keluarlah orang-orang dari
kota Madinah tanpa segan silu,
sambil mengerluarkan air mata
mengingati zaman
kegemilangannya yang dilalui
bersama Rasulullah S.A.W.
Bilal r.a. terkenal dengan sifat
kejujurannya, kesolehannya
dan rendah hati.
Pada 20 hijrah, wafatlah Bilal
r.a. dalam usia 60 tahun.
Beliau dimakamkan di kota
Damsyik berdekatan daerah
Babus Saghir.
RABAH
Bilal bin Rabah adalah
seorang lagi tokoh sahabat
Rasulullah S.A.W. yang kedua
pentingnya dalam menegakkan
syiar Islam. Kisah ataupun
riwayat hidupnya sebelum dan
sesudah memeluk agama Islam
adalah merupakan suatu kisah
yang amat memilukan bagi
kaum muslimin yang
mengetahui.
Beliau merupakan salah
seorang sahabat Rasulullah
S.A.W. yang paling rapat.
Kemana sahaja Rasulullah
S.A.W. pergi dia tetap bersama
dengannya.
Bilal bin Rabah pada asalnya
adalah seorang hamba kepada
sahabat karib Abu Jahal yang
bernama Umaiyah bin Khalaf.
Menurut riwayat, setelah
Umaiyah mengetahui bahawa
Bilal telah memeluk agama
Islam, Umaiyah telah
menyiksanya dengan cara yang
amat kejam sekali.
Pernah suatu ketika beliau
telah didera di tengah padang
pasir dalam keadaan
ditelentangkan dengan badan
yang ditelanjangkan. Di tengah
padang pasir dan di bawah
keterikan panas matahari yang
membakar itu beliau telah
dipukul oleh beberapa orang
tukang pukul dari golongan
kaum Quraisy. Tujuan mereka
berbuat begitu ialah agar Bilal
kembali kepada agama
asalnya.
Oleh kerana keimanan Bilal
begitu menebal, meereka tidak
Berjaya mengubah akidahnya.
Sebaliknya semakin hebat dia
disiksa semakin galak dia
mengingati Allah S.W.T.
Semasa dia disiksa dia tidak
henti-henti menyebut: “ Ahad!
Ahad!”
Semakin kuat Umaiyah
menyiksa dia semakin galakdia
menyebut ayat itu.
Melihatkan Bilal bersikap
teguh dengan pendiriannya,
lantas Umaiyah menampar
mukanya dan berkata :” Hei
budak jahat, engkau benar-
benar celaka, aku mahu kau
menyebut lata dan uzza.”
Namun demikian, walaupun
dia disiksa dengan sebegitu
kejam akan tetapi pada Bilal
itu hanyalah merupakan
menambahkan keimanan
terhadap agama yang telah
diyakininya itu.
Setelah melihatkan segala
tindakannya terhadap Bilal
tidak mendatangkan kesan
maka Umaiyah pun pergi
berjumpa dengan Abu Jahal.
Setibanya dia di rumah Abu
Jahal maka Umaiyah pun
bermuafakat dengan nya
bagaimana hendak mengatasi
masalahnya itu.
Umaiyah berkata kepada Abu
Jahal: “ Lebih baik saja kita
bunuh budak hitam itu.” “Itu
tidak bijak.” Jawab Abu Jahal. “
Kalau membunuh dia bererti
kita lemah dan kalah. Orang
akan menentang kita secara
diam-diam,” sambung Abu
Jahal.
Umaiyah berkata lagi : :
Apakah yang patut kita
lakukan?” “Kita siksa dia
sehingga dia tidak berdaya
lagi,” kata Abu Jahal memberi
pendapat.
Umaiyah berkata lagi” “ Sampai
bila dan berapa lamakah kita
harus menyiksa dia?” “ Sampai
dia kafir semula,” jawab Abu
Jahal bangga. Umaiyah tidak
berasa puas hati maka dia
berkata lagi :” Ya Abu Jahal,
kita sebenarnya masih
ketinggalan zaman kerena
belum pernah aku lihat
seorang manusia yang begitu
sabar menanggung pelbagai
azab demi mempertahankan
kepercayaannya sebagaimana
Bilal.”
Umaiyah bertanya lagi: :
Adakah cara lain yang engkau
fikir boleh membuatkan dia
mengubah pendiriannya?”
“Begini,” kata Abu Jahal
memulakan pendapatnya.”
Bukankah hari amat panas
sekali, jadi pakaikan dia
dengan pakaian besi kemudian
kita jemurkan dia di tengah
padang pasir di luar kota
Mekah. Aku percaya budak
hitam itu tidak akan dapat
menahan kepanasan besi dan
cahaya matahari yang
membakar itu.”
Umaiyah bertanya lagi” Adakah
perbuatan ini akan berhasil?”
“Tentu sekali aku percaya dan
yakin jika dia mendengar
rancangan kita ini tentu dia
akan meminta ampun dan
dengan itu sudah tentu dia
akan kembali kepada agama
asalnya,” Kata Abu Jahal
dengan penuh yakin.
Setelah segala rangcangan
mereka siap diatur maka
mereka pun menangkap Bilal
dan dipakaikannya dengan
sehelai baju besi. Kemudian
mereka pun membawa Bilal
ketengah padang pasir dengan
kakinya dirantai.
Setibanya di tengah padang
pasir itu mereka pun
meninggalkan Bilal
keseorangan diri di antara
batu-batu padang pasir itu.
Hari itu amat panas sekali
sehingga tidak ada sesiapapun
yang sanggup berdiri lama di
bawah sinaran matahari pada
masa itu. Manakala pada
malam harinya pula
keadaannya amat sejuk
sehingga terasa ke tulang
hitam.
Azab yang diterima oleh Bilal
tidak terperi sakitnya.
Bagaimanapun dia tidak
mengeluh atau gentar
menghadapi segala percubaan
yang diterimanya. Hatinya
bulat, dia hanya berdoa kepada
Allah S.W.T. agar Allah S.W.T.
menguatkan imannya di
samping memohon bantuan
agar Allah S.W.T. melepaskan
dia dari azab yang tidak
tertanggung itu.
Keesokan harinya Abu Jahal
dan Umaiyah datang menemui
Bilal. Dalam hati mereka
berdua menyangkakan
tentulah bilal akan bersujud
kepada mereka meminta
ampun dan berjanji akan
mengubah pegangannya.
Sebaik saja syaitan Quraisy itu
bersemuka dengan Bilal,
semangatnya menjadi semakin
kental mengadap segala
kemungkinan dan
kemarahannya semakin
meluap-luap terhadap kedua
manusia itu.
Abu Jahal mendekati Bilal lalu
membisikan sesuatu, katanya:
“ Hai Bilal, bagaimanakah
keadaan engkau sekarang?”
Kemudian Bilal menjawab: “
Ahad! Ahad!”
Mendengar perkataan itu,
secara tiba-tiba Abu Jahal
menjadi marah. Hatinya berasa
terlalu sakit mendengar
perkataan itu, bagi dia
perkataan itu seolah-olah
racun baginya.
Lantas dia berkata kepada Bilal
dengan geramnya : “ Hei budak
hitam, apakah kau masih
mahu berkeras di atas
kesesatan engkau ini.”
Abu Jahal mengamuk dan
meradang setelah Bilal tetap
dengan pendiriannya. Dia
mencari-cari di sekelilingnya
kalau-kalau ada benda yang
dapat di pergunakannya untuk
membunuh Bilal pada masa
itu. Kemudian dia ternampak
seketul batu besar tidak jauh
dari situ, lantas dia serta
Umaiyah dan juga para
pengikut yang mengiringin
mereka mengangkat batu besar
itu dan meletakkannya di atas
dada Bilal bin Rabah.
Setelah batu itu diletakkan di
atas dadanya, Bilal merasa
terlalu sukar untuk bernafas,
tetapi dalam hatinya masih
menyeru “ Ahad! Ahad!”
Abu Jahal, Umaiyah dan para
pengikutnya mengugut Bilal
mengatakan bahawa dia akan
mati tidak lama lagi. Mereka
bersorak-sorak melihat
keadaan Bilal semakin payah
untuk bernafas dan semakin
perlahan pula suaranya
menyebut “ Ahad! Ahad.” Akan
tetapi gerak bibirnya masih
belum berhenti dari menyebut
perkataan itu.
Segala harapan Abu Jahal
untuk melihat Bilal memohon
ampun dan balik ke agama asal
meleset sama sekali. Bahkan
bibir Bilal tidak henti-henti
menyebut “Ahad! Ahad”’ malah
adakalanya kedengaran dia
berdoa kepada Allah S.W.T. ,
katanya “ Ya Allah, sekiranya
mereka mahu membunuh aku
agar aku menyekutukan Tuhan
Ar Rahman maka biarlah aku
mati, daripada menyekutukan
Tuhan. Aku tidak takut mati,
aku tidak takut mati, aku lebih
takut menyekutukan Tuhan
Ar-Rahman. Ya Allah, Tuhan
Ibrahim, Yunus, Musa dan Isa
aku bermohon kepadamu
selamatkanlah aku dari
siksaan ini.”
Doa Bilal yang kedengaran
terketar-ketar itu di dengari
oleh Abu Jahal dan Umaiyah.
Mereka berpandangan sesama
sendiri memikirkan apakah
yang harus dilakukan lagi
terhadap Bilal. Kemudian
Umaiyah berkata kepada Abu
Jahal :” Bukankah sudah aku
beritahu pada engkau, tak
guna lagi kita menyiksa budak
itu. Dia memang keras kepala,
memang tak ada harapan yang
dia akan mengikut agama kita
lagi, lebih baik saja kita bunuh
dia.”
Dalam perkara ini Abu Jahal
lebih pintar dari Umaiyah.
Sambil menundukkan kepada
dia mencari-cari jalan
bagaimana hendak memaksa
Bilal supaya dia kembali kafir.
Membunuhnya sebagaimana
yang disarankan oleh Umaiyah
adalah jalan yang terakhir
tetapi tidak menguntungkan
mereka, sebaliknya dia akan
membawa banyak akibat dan
kerugian kepada pihak Quraisy
sendiri.
Kisah penderitaan Bilal
menghadapi siksa dari pihak
Quraisy akhirnya telah sampai
ke pengetahuan Rasulullah
S.A.W. dan Saiyidina Abu Bakar
Al Siddiq r.a. Setelah mendapat
berita itu, tanpa membuang
masa Saiyidina Abu Bakar pun
terus menuju ke tempat Bilal
di siksa itu. Di bawah
kepanasan cahaya matahari
Saiyidina Abu Bakar meredah
padang pasir yang luas itu.
Dari jauh dia nampak
sekumpulan manusia sedang
mengerumuni sesuatu. Tanpa
membuang masa Saiyidina Abu
Bakar datang kearah mereka,
mereka pun berundur. Sebaik
saja Saiyidina Abu Bakar
sampai disitu dilihatnya Bilal
masih hidup dan dia tidak
henti menyebut “Ahad! Ahad!”,
akan tetapi keadaanya begitu
menyayat hati. Dia meronta-
ronta seperti separuh nyawa
ikan. Batu besar yang
menghempap pada perutnya
menyebabkan dia mengalami
kesesakan nafas.
Melihat keadaan sahabatnya
diperlakukan begitu dia berasa
amat hiba sekali, Saidina Abu
Bakar yang biasanya bersifat
penyabar, lemah lembut dan
tenang tiba-tiba saja melenting
marah bagai api menjulang.
Api kemarahannya terlalu
membara melihat kejadian
yang menyayatkan itu. Ketika
itu dilihatnya Abu Jahal dan
Umaiyah adalah seperti budak
kecil.
Dengan suara yang lantang dia
berkata kepada Abu Jahal: “
Sampai bila kamu akan
menyiksa budak itu?”
Kata Umaiyah :” Itu urusan
kami, mengapa kau harus
masuk campur, ini hamba aku,
aku boleh siksa dia sesuka hati
aku dan aku boleh lepaskan
dia bila aku suka.”
“ Apakah engkau tidak takut
kepada Allah melakukan
siksaan seperti ini?”, kata
Saiyidina Abu Bakar. Umaiyah
berkata lagi :” Cukup…cukup
hai Abu Bakar! Kerana
engkaulah maka dia aku siksa
dan engkaulah yang
merosakkannya.” Jawab Abu
Bakar dengan marah : “ aku
bukan merosakkannya, aku
hanya menunjukkan jalan yang
benar.”
“Sudah…sudah aku cukup
mengerti perkara itu, engkau
tidak perlu menerangkannya.
Hanya satu permintaan aku
jangan kau campuri urusan
kami,” bentak Umaiyah.
“ Kami tidak akan membiarkan
perbuatan kejam seperti ini
dilakukan terutama sekali
terhadap salah seorang teman
yang sefahaman dengan kami.
Menyiksa dan memaksa dia
sama dengan menyiksa dan
memaksa kami. Terus terang
aku katakan bahawa aku akan
membelanya dan tidak akan
meninggalkan tempat ini
sebelum engkau
melepaskannya dan
memerdekakan daripada
penganiayaan yang kejam ini, “
tegas Abu Bakar geram.
“ Kami semua sudah sepakat
tidak akan melepaskannya
sehingga dia kembali kepada
agama asalnya atau dia mati
dalam siksaan ini,” jawab
Umaiyah pula. Kemudian Abu
Bakar berkata lagi : “ Engkau
akan hampa saja hai Umaiyah.
Sudah pasti dia tidak akan
kembali kepada agama asalnya
setelah mendapat hidayah dari
Allah. Seperti orang yang
berada dalam gelap gelita dia
tidak akan mahu ketempat
gelap itu setelah menemui
tempat yang terang
benderang.”
Umaiyah berkata dengan
marah: “ Wahai Abu Bakar,
apakah engkau datang ini
untuk meminta ampunkan
dosanya daripada kami atau
engkau datang ini untuk
membantu dia menghina dan
memaki hamun Tuhan kami di
hadapan muka kami sendiri?”
“Saya katakan kepada kamu
semua bahawa dia akan tetap
berpegang kepada
kepercayaannya sampai dia
mati walaupun dia disiksa”. “
Jadi adakah kamu mahu dia
hidup dan saya beri dia makan
dan minum serta pakaian
kemudian dia menghina dan
mengejek-ngejek agama kami
setelah itu dia mengoda isteri
dan anak-anak kami?” Sergah
Umaiyah.
“ Aku sedia membelinya.” Kata
Abu Bakar selamba. “ Engkau
mahu membelinya,” kata
Umaiyah seakan-akan
terkejut. “ Benar….. aku mahu
membelinya,” kata Abu Bakar.
“Berapakah kamu sanggup
bayar,” Tanya Umaiyah. “
Berapa yang kamu minta,”
jelas Abu Bakar.
Setelah berpakat dengan Abu
Jahal, Umaiyah pun berkata :”
Lima wang emas ( setengah
kilo).” Tanpa tawar menawar
abu Bakar terus membayarnya.
Setelah urusan jual beli itu
selesai, tanpa membuang masa
Saiyidina Abu Bakar berlari
mendapatkan Bilal yang sedang
dihempap batu besar itu. Oleh
kerana batu itu terlalu besar
Saiyidina Abu Bakar tidak
berdaya mengangkatnya
seorang diri. Orang ramai yang
tadi bersurai datang menolong
Abu Bakar kerana bersimpati
dengannya. Kemudian batu
besar itu Berjaya diangkat dan
Bilal pun terselamat dari
siksaan seterusnya.
Saiyidina Abu Bakar terus
memapah Bilal untuk dibawa
pulang mengadap Rasulullah
S.A.W. Tidak lama kemudian
Saiyidina Abu Bakar
memerdekakan Bilal. Akhirnya
Bilal dibebaskan dan tidak
dikuasai oleh sesiapa lagi.
Lantaran tingginya budi
Saiyidina Abu Bakar dan besar
jihad beliau terhadap Islam
maka turunlah ayat Quran
yang menyatakan kesalahan
Umaiyah bin Khalaf serta
memuji Saiyidina Abu Bakar
yang penuh dengan sifat
kemanusiaan yang tiada
bandingannya itu.
Pada zaman Rasulullah S.A.W.,
ketika tiba waktu sembahyang
Nabi S.A.W. menjadi iman dan
Bilal r.a. menjadi Mu'adzzin.
Bilal r.a. memang terkenal
dengan suaranya yang merdu.
Selepas Rasulullah S.A.W.
wafat, Bilal meninggalkan kota
Madinah.
Suatu ketika Bilal r.a.
bermimpi bertemu dengan
Rasulullah S.A.W. dan berkata
baginda dalam mimpinya,
"Wahai Bilal, mengapakah
kamu tidak menziarahiku?"
Sebaik sahaja Bilal terjaga dari
tidurnya, dia pun bersiap-siap
untuk berangkat ke Madinah.
Setibnya di Madinah, Bilal r.a.
bertemu Hassan dan Hussain
yakni cucu Rasulullah S.A.W.,
lalu mereka meminta Bilal r.a.
untuk melaungkan azan. Untu
tidak menghampakan
permintaan dari orang-orang
yang sangat dikasihinya, maka
Bilal r.a. pun mengalunkan
azan.
Apabila suara Bilal berazan
berkumandang, maka
keluarlah orang-orang dari
kota Madinah tanpa segan silu,
sambil mengerluarkan air mata
mengingati zaman
kegemilangannya yang dilalui
bersama Rasulullah S.A.W.
Bilal r.a. terkenal dengan sifat
kejujurannya, kesolehannya
dan rendah hati.
Pada 20 hijrah, wafatlah Bilal
r.a. dalam usia 60 tahun.
Beliau dimakamkan di kota
Damsyik berdekatan daerah
Babus Saghir.